Sunday, January 9, 2011

rasa cm malas 2l mw balik p Ipg,, tp pa bleh wat,, lau sy x mw pon msti kena paksa 2 kan2..??? biar lh...:)

Tuesday, October 5, 2010

Tips Pemakanan yang sihat

.    Jangan makan sehingga kenyang. Sebaik-baiknya,berhenti sebelum kenyang. Adalah lebih baik minum segelas air suam sebelum anda mula menikmati makanan. Makan sehingga kenyang akan mengakibatkan kalori tersisa dan tersimpan sebagai lemak di tubuh anda.
2.   Jadi diri sendiri, jangan meniru orang lain
3. Rancang program diet mengikut kemampuan diri. Jangan mensasarkan target yang terlampau tinggi. Tentukan target untuk berat badan ideal  anda. Cuba turunkan satu kilogram setiap minggu
4.    Makanlah saat anda lapar sahaja. Setiap kali anda hendak mula makan tanyalah pada diri sendiri apakah anda benar-benar memerlukannya.
5.    Jangan makan sewaktu anda hendak mula tidur. Tubuh akan menyimpan sebagai lemak. Makanlah ketika anda masih aktif,ini kerana makanan yang dimakan itu akan dibakar menjadi tenaga.
6.    Olahraga teratur juga banyak membantu anda untuk membakar kalori. Janganlah cemas menghitung kalori yang diambil ketika makan biarlah tubuh anda yang memutuskan bila dan berapa banyak sebenarnya yang diperlukan badan.
7.    Jika anda berasa lapar dan ingin mencapai sesuatu tunggu lima minit,makanlah sekiranya selepas itu anda masih terasa lapar.
8.    Jika anda makan hidangan yang besar ketika duduk jangan terus menelan makan itu. Rehatkan diri anda dan kunyahlah secara perlahan hal ini membuatkan anda mendengar apa yang dikatakan tubuh anda.
9.    Setelah selesai makan jangan terus duduk di meja makan anda kemungkinan akan menghabiskan makanan yang masih berbaki nanti. 
Last Updated ( Wednesday, 30 June 2010 01:46 )

Tuesday, September 28, 2010

Asal Usul Tulisan Jawi

A)PENGENALAN
                 Sosiolinguistik merupakan bidang bahasa yang mengkaji aspek penggunaan bahasa dalam masyarakat, kesantunan bahasa, laras bahasa, tSosiolinguistik merupakan bidang bahasa. Secara ringkasnya dapatlah ditafsirkan bahawa psikolinguistik ialah gabungan dua disiplin ialitu disiplin sosiologi (masyarakat) dan disiplin linguistik (bahasa).
Kamus Dewan (2007) mentakrifkan sosiolinguistik sebagai kajian bahasa dalam hubungannya dengan struktur dan sifat masyarakat. Walau bagaimanapun, beberapa ahli bahasa mempunyai pandangan tertentu mengenai cabang ilmu bahasa ini.
Nik Safiah Karim (1981) menyatakan bahawa bidang sosiolinguistik merupakan daya usaha kelompok ahli antropologi dan sesuai dengan hakikat bahawa sosiolinguistik itu merupakan cabang kepada ilmu antropologi, khususnya natropologi sosial yang mementingkan analisis struktur sosial masyarakat.
Fishman pula menekankan sifat kualitatif dalam kajian sosiolinguistik. Bidang ini lebih berhubungan dengan perincian-perincian penggunaan bahasa yang sebenarnya seperti deskripsi pola-pola pemakaian bahasa atau dialek di dalam budaya tertentu, pilihan pemakaian bahasa atau dialek tertentu yang dilakukan penutur, topik dan latar pembicaraan.
Menurut Hymes (1968) bidang sosiolinguistik ialah satu aktiviti disiplin di mana ahli-ahli sosiologi, antropologi dan falsafah memainkan peranan masing-masing, tetapi peranan yang penting ialah yang disumbangkan oleh ahli-ahli linguistik.
Noriah Mohamed (1998) pula membuat kesimpulan ringkas mengenai cabang sosiolinguistik iaitu bidang ilmu disiplin yang mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan penggunaan bahasa itu dalam masyarakat.
Charles Morris dalam bukunya ‘Sign, Language and Behaviour’ (1946) membicarakan bahasa sebagai sistem lambang dalam tiga kajian berkenaan dengan fokus perhatian yang diberikan. Kajian antara lambang dan penuturnya disebut sebagai sosiolinguistik
Tulisan Jawi (توليسن جاوي) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.


B)SISTEM EJAAN DALAM TULISAN JAWI

Tulisan Jawi  adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.












1.  HURUF DAN AKSARA JAWI KESELURUHAN

Nama
Bentuk huruf
Padanan Rumi
Tunggal
Awal kata
Tengah kata
Akhir kata
alif


a
ba
ـﺒ
ـﺐ
b
ta
ـﺘ
ـﺖ
t
sa
ـﺜ
ـﺚ
s, (th)
jim
ـﺠ
ـﺞ
j
ha
ـﺤ
ـﺢ
h, (ḥ)
ca
ـﭽ
ـﭻ
c
kha
ـﺨ
ـﺦ
kh
dal
د


ـد
d
zal


ـذ
z, (dh)
ra


ـر
r
zai


ـز
z
sin
ـﺴ
ـﺲ
s
syin
ـﺸ
ـﺶ
sy
sad
ـﺼ
ـﺺ
s, (ṣ)
dad
ﺿ
ـﻀ
ـﺾ
d, (ḍ)
ta
ـﻄ
ـﻂ
t, (ṭ)
za
ـﻈ
ـﻆ
z, (ẓ)
ain
ـﻌـ
ـﻊ
awal: a, i, u; akhir: k, (‘)
ghain
ـﻐـ
ـﻎ
gh
nga
ڠ
ڠـ
ـڠـ
ـڠ
ng
fa
ـﻔ
ـﻒ
f
pa
ـﭭ
ـﭫ
p
qaf
ـﻘ
ـﻖ
k, q, (q)
kaf
ک
ـﻜ
ـک
k
ga
ڬ
ڬـ
ـڬـ
ـڬ
g
lam
ـﻠ
ـﻞ
l
mim
ـﻤ
ـﻢ
m
nun
ـﻨ
n
wau


ـو
w, u, o
va
ۏ


ـۏ
v
ha
ـﻬ
h
ya
ـﻴـ
y, i, e taling
ye
ى


ـى
e pepet hujung
nya
ڽ
پـ
ـپـ
ـڽ
ny
hamzah
ء


ء
awal: gugur; akhir: k, (’)
ta marbutah
ة


ـة
t, h, (ṯ)

  1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
  2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliteras.
  3. Huruf [ ۏ ] diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf ‘ v’.
  4. Huruf [ ء] imbuhan, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti کبڠساءن . Namun, tiada fon dewasa ini yang mempunyai kemampuan untuk memaparkan huruf [ ء] pada kedudukan yang betul. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan [ء] .
2.  SISTEM TULISAN JAWI
Tujuan Penyempurnaan Ejaan Jawi:
Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut:
i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986).
ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba.
iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 dan seterusnya.
2.2- Langkah-langkah Penyempurnaan Ejaan Jawi (1981-1989).
Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937 , dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939  itu.
Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga akhir tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah Dian. Dalam dekad 1980-an, antara usaha yang diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi diperturunkan di bawah.
i) Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh Y.B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera".
ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan  . Bidang Tugas Jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949), Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian)  dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad , serta beberapa penerbitan Jawi yang lain.
iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, dan Thailand .
iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh peserta Konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (seterusnya disebut PEJYD).
v) Dalam tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD  yang sama pada tahun 1987.
vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi  yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia  (1998).
vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) ini telah diterima dengan pelbagai reaksi oleh pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata. Berdasarkan pandangan beberapa orang pakar, daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan cetakan kedua pada tahun 1989 . Dalam cetakan kedua ini, terdapat pembetulan terhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang tepat pengejaannya dalam cetakan pertama, terutama perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab. Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan penggunaan buku cetakan pertama tahun 1988. Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di dalamnya akan dibetulkan supaya sesuai dengan PEJYD .
viii) Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi kedua Daftar Ejaan Rumi-Jawi . Daftar ini akan mengandungi semua kata dasar dan kata terbitan yang terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. Dengan terbitnya daftar ini kelak, maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi semua bentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan disebarkan.

Pelambangan Bunyi atau Fonem.

Dalam PEJYD , huruf Jawi lebih lengkap untuk melambangkan semua fonem atau bunyi Melayu jati dan bunyi atau fonem pinjaman yang ada dalam bahasa Melayu moden kini. Kesemuanya terdapat 37 huruf; iaitu, semua 30 huruf daripada tulisan Arab klasik dan tujuh yang disesuaikan bentuknya daripada huruf Arab. Ini lebih lengkap daripada Jawi Za'ba; malah, lebih kaya daripada huruf Arab sendiri.
4.1- Pelambangan Konsonan.
Kesemua fonem konsonan jati dan fonem pinjaman yang terdapat dalam bahasa Melayu moden kini dapat dilambangkan oleh huruf-huruf Jawi dalam PEJYD , iaitu hampir kesemuanya dengan pelambangan satu lawan satu antara huruf dengan fonem atau bunyi.
Perinciannya:
i) Tiga belas konsonan jati Melayu dilambangkan dengan 13 huruf daripada bahasa Arab, iaitu [b] ba, [t] ta dan ta marbutah, [d] da, [k] kaf, [s] sin, [h] ha (simpul), [j] jim, [l] lam, [r] ra, [m] mim, [n] nun, [w] wau dan [y] ya. Ini sama dengan Jawi Za'ba.
ii) Lima bunyi konsonan jati dilambangkan dengan huruf Arab yang diubahsuai tanda titiknya, iaitu [p] pa, [g] ga, [c] ca, [ny] nya dan [ng] nga. Ini sama dengan Jawi Za'ba.
iii) Bunyi konsonan jati Melayu hentian glotis [?] dilambangkan dengan huruf hamzah (di awal) atau huruf qaf (di akhir). Ini pembaikan kepada Jawi Za'ba / Lama.

Perinciannya:
a) Menggunakan huruf ( ق ) sahaja sebagai lambang bagi bunyi hentian glotis di akhir kata jati bahasa Melayu. Dalam Jawi Za'ba / Lama, terdapat tiga huruf yang biasa digunakan sebagai lambang hentian glotis penutup suku kata atau di akhir kata, iaitu huruf qaf, kaf dan hamzah yang ketiga-tiganya digunakan tanpa aturan yang tertentu -- seolah-olah konsonan hentian glotis itu mempunyai tiga nilai bunyi yang berbeza. Huruf qaf dipilih kerana sudah banyak penggunaannya dalam Jawi Lama. Tidak ada kekecualian dalam aturan ini.
Contohnya:
Rumi
Za'ba
PEJYD
Budak
بودق
بودق
Baik
بأيك
باءيق
Pokok
ڤوكوء
ڤوكوق
Berikutan aturan itu, huruf kaf digunakan sebagai lambang bagi konsonan [k] (bukan hentian glotis, tetapi plosif lelangit lembut tak bersuara) di akhir kata bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Manakala huruf hamzah (yang melambangkan hentian glotis) hanya terdapat di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab, di samping penggunaan huruf kaf dan qaf bagi kata-kata tertentu.
Dengan aturan baru dalam PEJYD ini, dapat dikenal dengan mudah asal sesuatu kata (etimologi) dalam bahasa Melayu dengan cuma melihat kepada huruf akhir kata tersebut sama ada kaf atau qaf atau hamzah. Ini suatu kebaikan bagi kaedah mengajar dan belajar Jawi baru.
b) Menggunakan huruf hamzah sebagai lambang hentian glotis Melayu yang membuka suku kata kedua yang bermula dengan vokal (yakni, khusus bagi hamzah di antara kata sendi [di dan ke] atau awalan [di-, ke- dan se-] dengan kata dasar yang bermula dengan vokal). Contoh:
Rumi
Za'ba/Lama
PEJYD
Di atas
دأتس
داءتس
Ke atas
كأتس
كاءتس
Diatasi
دأتسي
داءتسي
Keagamaan
كأگمأن
كاءگاماءن
Seagama
سأگام
ساءگام
Hamzah diletakkan di tengah baris, dan bukan di atas alif atau di bawah alif atau di atas garis dasar. Ini pembaikan terhadap Jawi Za'ba/Lama.
iv) Empat belas fonem atau bunyi konsonan Arab yang diterima menjadi bunyi pinjaman dalam bahasa Melayu ialah yang dilambangkan dengan huruf tha, ha, kha, zal, zai, syin, sod, dod, to, zo, ain, ghain, fa, dan qaf. Huruf zai, syin dan fa digunakan juga untuk melambangkan bunyi daripada bahasa Inggeris dan Eropah [z], [sy] dan [f] satu per satu. Semua kata daripada bahasa Arab yang mengandungi huruf-huruf ini diterima dan dikekalkan huruf dan bentuk ejaan katanya dalam bahasa Melayu, kecuali beberapa kata yang disesuaikan ejaannya (hurufnya) dan bentuknya dengan kaedah sebutan Melayu jati. Ini sama dengan Jawi Za'ba/Lama.
v) Fonem [v] pinjaman daripada bahasa Inggeris dilambangkan dengan huruf baru va, iaitu wau bertitik di atas ( ژ ). Ini tambahan kepada Jawi Za'ba. Huruf baru va ini dicipta sebagai padanan bagi huruf rumi [v] untuk menulis atau mengeja kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah lain yang menggunakan aksara Latin yang mengandungi huruf tersebut. Jawi Za'ba/Lama menggunakan sama ada huruf ba atau wau atau fa tanpa aturan yang jelas. Contoh:
Rumi
Za'ba/Lama
PEJYD
Visa
ويسا
ژيسا
Universiti
يونيبرسيتي
اونيژرسيتي
Subversif
سبرسيف
سوبژرسيف
vi) Semua huruf Jawi yang berasal daripada tulisan bahasa Arab digunakan dalam PEJYD . Ini menjadikan tulisan Jawi memiliki sistem abjad dan sistem huruf yang lebih lengkap daripada abjad dan sistem huruf Rumi. Sehinggakan, apabila semua huruf Jawi tersebut diperlukan padanannya dalam ejaan Rumi, maka terpaksalah disediakan huruf-huruf Rumi yang sesuai yang dapat melambangkan kesemua bunyi Arab yang disusun menurut kaedah transliterasi yang berbeza daripada huruf Rumi biasa, seperti [s] bagi sod, bagi menuliskan atau mengeja istilah agama Islam. Kaedah huruf Rumi transliterasi ini dapat juga dilihat dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi  tahun 1984.
4.2- Pelambangan Vokal:
i) Enam fonem vokal Melayu dalam PEJYD dilambangkan dengan tiga huruf Jawi seperti dalam Jawi Za'ba, iaitu alif, wau, dan ya. Dalam sistem Jawi, tidak dibezakan nilai panjang atau pendek bunyi vokal seperti yang terdapat dalam sistem bunyi vokal bahasa Arab. Ini memperkemaskan Jawi Za'ba/Lama. Perincian:
a) Vokal [a] dilambangkan dengan alif jika di awal kata dasar atau pada suku kata terbuka.
b) Alif yang melambangkan vokal pepet (iaitu sama ada sebagai satu suku kata atau sebagai permulaan suku kata) hanya hadir di kedudukan awal kata dasar.
c) Vokal [i] dan [e] dilambangkan dengan huruf ya pada semua suku kata terbuka atau suku kata tertutup, tetapi dilambangkan dengan alif-ya apabila di awal kata dasar.
d) Vokal [u] dan [o] dilambangkan dengan huruf wau pada semua suku kata terbuka atau suku kata tertutup, tetapi dilambangkan dengan alif-wau apabila di awal kata dasar.
e) Vokal [a] dan pepet tidak dilambangkan dengan alif jika terletak dalam suku kata tertutup (pola KVK).
ii) Huruf ya tanpa titik (alif maqsurah), iaitu ى , diterima dalam PEJYD menjadi huruf yang berbeza fungsinya daripada huruf ya biasa ي (ya bertitik). Ya tanpa titik ini diberi satu fungsi tambahan, iaitu sebagai padanan bagi huruf [e] yang melambangkan bunyi pepet pada akhir perkataan, khususnya yang terdapat pada akhiran -isme dan -ase dalam kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Ini tambahan kepada Jawi Za'ba/Lama.
Contoh:
Rumi
Za'ba/Lama
PEJYD
Rasionalisme
راسيونليزم
راسيوناليسمى
Idealisme
ايدياليزم
ايدياليسمى
Amilase
اميليس
اميلاسى
Lipase
ليڤيس
ليڤاسى
Fungsi tambahan ya tanpa titik dalam PEJYD ini sama sekali tidak menjejaskan fungsinya yang sedia sebagai alif maqsurah yang diterima dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab seperti الله تعالى (Allah Taala) dan موسى (Musa).
Dengan ini, huruf ya tanpa titik dalam PEJYD melambangkan dua fonem vokal: (i) Sebagai lambang vokal [a] panjang di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab dan (ii) sebagai lambang vokal pepet di akhir kata pinjaman daripada bahasa Inggeris.
4.3- Pelambangan Diftong:
i) Dua daripada tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu dilambangkan dengan huruf baru dalam PEJYD , Diftong [ai] dilambangkan dengan alif-ya; diftong [au] dilambangkan dengan alif-wau. Ini memperkemas aturan dalam Jawi Za'ba/Lama. Diftong [oi] ditulis dengan huruf wau-ya. Perincian:
a) Dalam Jawi Lama, diftong [ai] menggunakan huruf ya yang digunakan juga bagi vokal [i] dan [e]. Ini menyebabkan huruf ya boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik sifatnya. Dengan menggunakan alif-ya sebagai lambang diftong [ai], kita mengurangkan fungsi huruf ya, iaitu daripada empat bunyi -- konsonan [y], vokal [i], vokal [e], dan diftong [ai] -- kepada tiga sahaja, iaitu cuma bagi lambang vokal dan konsonan. Dengan ini juga, dibezakan dengan jelas homograf yang mengandungi diftong [ai] daripada yang mengandungi vokal [i] atau [e]. Contoh:
Rumi
Za'ba/Lama
PEJYD
Petai
ڤتي
ڤتاي
Peti
ڤتي
ڤتي
Kulai
كولي
كولاي
Kuli, kole
كولي
كولي
b) Begitu juga, dalam Jawi Lama, diftong [au] menggunakan huruf wau yang digunakan juga bagi vokal [u] dan [o]. Ini menyebabkan huruf wau boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik bentuknya. Dengan menggunakan alif-wau sebagai lambang diftong [au], kita juga mengurangkan fungsi huruf wau, iaitu daripada empat bunyi -- konsonan [w], vokal [u], vokal [o], dan diftong [au] -- kepada tiga sahaja, iaitu cuma sebagai lambang bagi vokal dan konsonan. Dengan ini juga, dapatlah kita bezakan homograf yang mengandungi diftong [au] daripada yang mengandungi vokal [u] atau [o] dengan jelas. Contoh:
Rumi
Za'ba/Lama
PEJYD
Lampau
لمڤو
لمڤاو
Lampu
لمڤو
لمڤو
Kilau
كيلو
كيلاو
Kilo
كيلو
كيلو
Menggunakan bentuk ejaan yang berlainan bagi dua kata yang sebutan dan maknanya berbeza tentulah lebih mudah daripada hendak menentukan sebutan dan makna bagi kata homograf dengan semata-mata berdasarkan penggunaan dalam konteks ayat.















C)SOSIOLINGUISTIK

Manusia adalah mahkluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri melainkan mestilah selalu berinteraksi dengan sesamanya. Untuk keperluan tersebut, manusia menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi sekaligus sebagai identitas kelompok. Hal tersebut dapat dibuktikan dengan terbentuknya kepelbagaian bahasa di dunia yang memiliki ciri-ciri yang unik yang menyebabkannya berbeda dengan bahasa lainnya.
Sosiolinguistik adalah gabungan daripada perkataan sosio + linguistik. Ini menunjukkan bidang ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula  yang menyebutnya sebagai Linguistic Plus. Kita mudah dapat menyemak bahawa peerbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa.
Maksud istilah masyarakat dalam ilmu linguistik adalah mencukupi kajian mengenai pihak-pihak yang  terlibat  dalam interaksi kolompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kolompok, sector-sektor sosial, perhubungan-perhubungan dan perbezaan dari segi bahasanya.
Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod iseperti  bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris,Arab dan lain-lain. Selain itu ragam regional dari satau kod seperti bahasa Melayu Malaysia, singapura, Brunei Thai Selatan ,kedah dan Kelantan. Ragam kelompok sosial seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah. kesemuanya member kesan dalam ciri-ciri, pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna  iaitu semantik.


D) KONSEP-KONSEP YANG TERKANDUNG DALAM SOSIOLINGUISTIK
Sosio adalah masyarakat, dan linguistik adalah kajian bahasa. Jadi sosiolinguistik adalah kajian tentang bahasa yang dikaitkam dengan kondisi kemasyarakatan [dipelajari oleh ilmu-ilmu sosialkhususnya sosiologi.
Pada awal abad ke-20, De Saussure (1916) telah menyebutka bahwa bahasa adalah salah satu lembaga kemasyarakatan, yang sama dengan lembaga kemasyarakatan lain, seperti perkawinan, pewarisan harta peninggalan, dan sebagainya.
Pakar lain, Charles Morris, dalam bukunya Sign, Language, and Behaviour (1946) yang membicarakan bahasa sebagai system lambing. Ada tiga macam kajian bahasa berkenaan dengan focus perhatian yang diberikan, yaitu:
a : Semantik, jika perhatian difokuskan pada hubungan antara lambang dengan maknanya.
b : Sintaktik, jika focus perhatian diarahkan pada hubungan lambang
c : Pragmatik , focus perhatian diarahkan pada hubungan antara lambang dengan para penuturnya.Beberapa Rumusan mengenai Sosiolinguistik:
a : menurut Kridalaksana (1978:94) , Sosiolinguistik nlazim didevinisiksn sebagai ilmu yang mempelajaari ciri dan berbagai variasi bahasa di dalam masyarakat bahasa.
b : menurut Nababan (1984 :82) , Perngkajian bahasa dengan dimensi kemasyarakatan .
c : menurut Fishman (1972) , Sosiolinguistics is the study of the caracteristics of language varieties, the carakteristics of their functions,and the characteristics of their speakers as these three constlantly interact, change and change one another within a speech community, ( Sosiolinguistik adalah kajian tentang ciri khas variasi bahasa, fungsi–fungsi variasi bahasa, dan pemakai bahasa karena ketiga unsur ini selalu berinteraksi, berubah, dan saling mengubah 1. Pihak yang berkomunikasi, yakni pengirim dan penerima informasi yang dikomunikasikan. Disebut partisipan.
2. Informasi yang dikomunikasikan
3. Alatyang digunakan dalam komunikasi itu.
aitu komunokasi sewarah dan komunikasi dua arah. Dalam komunikasi searah , si pengirim tetap sebagai pengirim dan si penerima tetap sebagai penerima. Bahasa itu dapat mempengaruhi perilaju manusia. Sebagai alat komunikasi , bahasa iyu terdiri dari dua aspek yaitu linguistik dan aspek non linguistik.
Aspek para linguistikk mencakup :
1. kualitas ujaran, yaitu pola ujaran seseorang seperi falseto
2. unsur supra segmental , yaitu tekanan (stress)
3. jarak dan gerak-gerik tubuh, seperti gerakan anggota kepala , tangan dan sebagainya
4. rabaan , yang berkenaan dengan indra perasa.
Aspek linguistik dan para linguistik , berfungsi sebagai alat komunikasi, bersama-sama dengan konteks situasi yang membangun situasi tertentu dalam proses komunikasi.

D) KONSEP DIALEK DALAM BAHASA MELAYU

Dialek ialah satu bentuk bahasa yang berbeza daripada standardnya. Variasi bahasa ini digunakan dalam satu baku yang digunakan dalam situasi tertentu. Berbeza daripada bahasa baku yang digunakan dalam situasi rasmi. Dialek digunakan dalam situasi-situasi lain yang tidak rasmi seperti dalam perhubungan kekeluargaan dan pergaulan harian.

E)DIALEK
a)  Dialek
Dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas  sosial berbeza daripada bahasa standard, atau disebut juga sebagai loghat.

Terdapat dua jenis  ciri dialek, iaitu ciri-ciri umum dan ciri-ciri khas. Ciri –ciri ummum yang sama yang dimiliki oleh semua dialek. Ciri-ciri khas pula yang hanya dimiliki oleh dialek masing-masing.
Ciri-ciri ummum, biasanya jauh lebih banyak daripada ciri-ciri khas, masih membolehkan penutur dialek-dialek itu saling memahami dengan sempurnah. Namun demikian, jika ciri-ciri ummum antara dialek itu semakin kurang, maka tahap pemahaman antara penutur dialek yang berbeza akan semakin rendah. sekiranya ciri-ciri itu hilang, maka akan wujudlah suatu bahasa yang baru.
Dialek tehasil daripada faktor geografi dan factor sosial. Dari segi faktor geografi, sesuatu dialek itu timbul kerana tiada perhubungan yang baik untuk menghubungkan masyarakat yang sebelum ini menuturkan bentuk bahasa yang sama. Dalam keadaan demikian, dialek yang terhasil dinamakan sebagai dialek daerah.
Faktor sosial pula merujuk kepada faktor yang berkaitan dengan perhubungan masyarakat. Contohnya , pergaulan masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina dan India telah menghasilakn dialek pasar atau bahasa pasar. Manakala pergaulan antara remaja pula mewujudkan bahasa slanga. Dialek yang terhasil daripada faktor sosial dinamakan sebagai dialek sosial.

b)  Dialek Daerah

Dialek dikelaskan dengan mengunakan isoglos atau garis sempadan linguistik, penutur-penutur dialek dapat dikelompokan dalam satu kawasan geograf linguistik tertentu. Contohnya :-
a)    Dialek utara atau dialek Kedah yang meliputi kawasan Perlis, Kedah ,Pulau Pianang dan Perak Utara.
b)    Dialek Perak yang meliputi kawasan Perak Tengah.
c)    Dialek Selatan yang meliputi  Perak Selatan , Selangor Melaka dan Johor.
d)    Dialek Negeri Sembilan yang terdapat di Negeri Sembilan.
e)    Dialek Kelantan yang meliputi negeri Kelantan serta kawasan-kawasan sempadan Pahang dan Terenganu.
f)     Dialek Terengganu yang terdapat di negeri Terengganu.
g)    Dialek Pahang yang terdapat di negeri Pahang.
h)   Dialek Sabah  yang tertumpuh di Pulau Labuan dan sekitar Beaufort.
i)     Dialek Sarawak yang terdapat di bahagian pertama, seperti kucing dan Pantai Utara, Miri, Bintulu dan Sibu.
Dialek ini dapat di bezakan dari segi tatabahasa, sebutan ,kosa kata ,kata ganti nama diri, dan gaya lagu bahasanya.
Contoh Dari segi sebutan.
Bahasa baku
Dialek Kedah
Dialek Perak
Dialek Kelantan
Dialek Terengganu
Dialek N. Sembilan
Air
ayaq
ayo
aye
aye
Aye
Beras
beghaih
begheh
beghah
beghah
Begheh
Kurus
kughuih
kughoih
kughuh
kughuh
Kughuih
Makan
makan
makan
make
makang
Makan
Tebal
tebai
tebe
teba
tebal
tobo

Contoh dialek daripada aspek kosa kata.
Bahasa baku
Koasa Kata
Dilalek

Buah Jaggus
Ketereh
Kelantan dan Terengganu
Jambu golok
Terengganu
gajus
Negeri Sembilan

Contoh  dialek bagi pengunaan Kata Ganti Diri.
Bahasa Baku
Dialek utara
Dialek Perak
Dialek Kelantan
Dialek N. Sembilan
saya
saya
teman
ambo
Ese. edan
awak
hang
mika
ma
Ekau
mereka
Hangpa,depa
Depa,dema
demo
mereka

Manakala dari segi tatabahasa pula beza antara dialek dapat dilihat dalam pebgunaan imbuhan. Contohnya, dialek Utara mengunakkan imbuhan memper…kan  un tuk kata dasar adjektif.
Daripada segi lagu bahasa pula, oaring Kedah biasanya bertutur lebih cepat berbandiang dengan orang Negeri Sembilan.


c)  Dialek sosial

Dialek sosial terdapat dua. Iaitu bahasa pasar dan slanga.
Bahasa Pasar.
Istilah pasar dikaitkan dengan bahasa pijin. Bahasa pijin ilah variasai bahasa yang dipermudahkan untuk proses berkominikasi. Varisi ini kemudian dikatakan berlaku penambahan dalam pencampuran kod.
Bahasa pasar tidak digunakkan sebagai bahasa Ibunda. Namun dalam proses perkembangan kosa katanya akan berkembang dan struktur tatabahasanya menjadi lebih kompleks.
Di Malaysia, perkara ini berlaku akibat percampuran pergaulan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesetangah pengkaji menganggap bahasa pasar ini buakanlah suatu ragam bahasa Melayu kerana jalan bahsanaya dan susuk ayatnya adalah salah.
Contohnya :
                 Orang itu disebut itu orang
                 Rumahnya disebut dia punya rumah.
                 Kami ada sebuah kereta disebut kami olang ada satu kereta.






Bahasa Slanga
 Bahasa slang digunakan oleh golongan remaja. Variasi bahasa ini dikenali sebagai bahasa kutu atau bahasa rocker.
Bahasa ini tergolong sebagai bahasa tridak rasmi, tidak baku dan bersifat musiman. Ciri yang paling ketara dalam variasi bahasa jenis ini ialah seperti :
            Brader           
            Pakwe
            Cinabeng
            Boring
            Cun






F)  RUJUKAN
INTERNET.




        
BUKU RUJUKAN

 Teks Bahasa Melayu STPM, Nik Safiah Karim, Wan Malini Ahmad











ISI KANDUNGAN

No
Perkara
Muka Surat
1
Pengenalan

2
Sistem Ejaan Dalam Tulisan Jawi

3
Sosiolinguistik

4
Konsep Dialek Dalam Bahasa

5
Dialek

6
Lampiran

7
Rujukan